The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.

“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.

Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

Rate this:
0.0 (6 people)

Technorati Tags: , , ,

64 Comments so far

  1. zatul on July 11th, 2009

    Alhamdulillah… Ada jugak pelajar Islam yang memperolehi kejayaan yang begitu cemerlang. Saya berharap saya akan dapat mengikut jejak langkah abang azali… InsyaAllah

  2. irwan on August 4th, 2009

    syukur. moga menjadi insan berguna kepada masyarakat dan agama
    .-= irwan´s last blog ..soalan fizik spm 2009 =-.

  3. muslimahbaik on August 11th, 2009

    assalamualaikum…macam manalah awk bleh dpat 20A kan..terel lah

  4. fizza on September 3rd, 2009

    salam….congrate bro…
    sye bgga mjdi sbgsa dgan anda…
    i want 2 make u as a role model..
    mga lbih bjaye tok cbaran yg lbih besa lg kehhhh

  5. wafiq on September 19th, 2009

    tahniah to u and gud luck 4ever

  6. Syahirah_17 on October 11th, 2009

    Assalamualaikum, abg azali thn ni sye akan hadapi exam SPM… Abg bg la doa skit kpd sye supaya mudah untuk sye jwb SPM thn ni… Sye nk ucapkan Semoga abg berjaye dlm mencapai matlamat abg dan hidup abgsentiasa di berkati oleh allah…. Assalamualaikum….

  7. DanieL on January 10th, 2010

    WeLL DOne SelamAt BerJaYa DalAM SPM

  8. zariq on May 2nd, 2010

    syabas azali ! saya kagum dengan awak. walaupun saya bukan pelajar yang pintar macam awak,tetapi saya akan pastikan kemalasan saya yang dahulu akan menjadi titik kejayaan saya di masa hadapan . amin 🙂

  9. ana muslim on May 13th, 2010

    saya satu sek dgn azali..sesi yg sama iaitu ambil spm tahun 2007..azali memg rajin blajar.. genius..anugerah yg allah berikn padanya..

  10. […] Azali Azlan […]

  11. keluarga on February 25th, 2011

    semoga sume pelajar dpt mncapai kjyaan sperti ‘pk cik’ Azali. – pljr SMKAY

  12. umirah on May 30th, 2011

    saya umirah zahurin dr sebuah sekolah di ampang selangor. saya akan cuba buat yang terbaik dalam spm saya pada tahun ini dan saya bercita cita untuk memperoleh keputusan 9A . 🙂 doakan kejayaan saya. saya akan berusaha sekuat mungkin. Insyaallah,..

  13. izzatul on July 20th, 2011

    tahniah,saje yang boleh saye cakapkan.Selamat berkenalan,tahun hadapan saye UPSR.DOAKAN SUPAYA SAYA BERJAYA.

  14. sue on September 16th, 2011

    erkk azali sye bngge dgn awak saya skoll kt skoll awak dulu… skang sye form 1.. klas 1 mawaddah… adik awak azim azlan 5 Amanah skolah tue jgk kan….

Leave a reply

CommentLuv badge