The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Sidang Parlimen ke 12

Dewan Rakyat
Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-12 telah bermula pada 28 April selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan pada 8 Mac lalu. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari. Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

Seramai 222 Ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya lalu telah mengangkat sumpah. Terlebih dahulu Speaker Dewan Rakyat yang baru, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga telah mengangkat sumpah jawatan.

Pandikar Amin, 52, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker Dewan Rakyat ketujuh sejak Parlimen diwujudkan pada 1959.

Dua jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pula disandang oleh Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (157 undi) dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee (140 undi) setelah mendapat undi tertinggi mengatasi Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw (81 undi).

Wan Azizah Wan Ismail and her daughter Nurul Izzah AnwarIstiadat pembukaan penggal kali ini, yang akan bersidang selama 16 hari sehingga 27 Mei, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini mencatat beberapa sejarah baru di mana terdapat seramai 99 orang Ahli Parlimen adalah muka baru, manakala jumlah pembangkang pula bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang.

Sementara itu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama. Perkara ini adalah apabila parti yang beliau ketuai, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi paling banyak berbanding parti pembangkang lain.

Satu lagi sejarah ialah apabila orang ramai berpeluang mengikuti sesi soal jawab Parlimen apabila RTM mula menyiarkan secara langsung sesi itu selama 30 minit sehari bermula esok 30 April sepanjang sidang Parlimen ini berjalan.

Sidang kali ini juga menyaksikan Ahli Parlimen yang mempunyai talian kekeluargaan duduk di dalam dewan yang sama. Mereka adalah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak beliau Nurul Izzah Anwar, Karpal Singh bersama anak beliau Gobind Singh Deo manakala Lim Kit Siang bersama anak beliau Lim Guan Eng.

Datuk Shahrir Abdul Samad with his brother, Khalid Abdul Samad
Manakala Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai adik yang mewakili Pas iatu Khalid Abdul Samad Ahli Parlimen Shah Alam. Sementara itu sebagaimana yang semua sedia maklum menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin turut sama-sama di Dewan Rakyat.

PKR memiliki 31 kerusi pada pilihan raya 2008 berbanding hanya satu pada 2004, DAP ada 28 kerusi, manakala Pas memiliki 23 kerusi. Manakala BN yang menang 90 peratus daripada 219 kerusi pada 2004, hanya menguasai 140 daripada 222 kerusi pada pilihan raya kali ini.

Rate this:
2.5

Technorati Tags: , , , , ,

1 Comment so far

  1. […] Pada hari Isnin 28 April 2008 semua Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah jawatan dan pada 29 April 2008 pula Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah telah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12. […]

Leave a reply

CommentLuv badge