The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Pilihan Raya Umum 2008

Pilihan raya umum Malaysia kali yang ke 12 akan diadakan pada 8 Mac 2008 ini. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebelum ini telah dibubarkan pada 13 Februari yang lalu. Berikutan dengan itu Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan bahawa pilihan raya perlu diadakan dan telah menetapkan 24 Februari ini sebagai hari penamaan calon. Ini diikuti dengan 13 hari tempoh berkempen sebelum hari mengundi pada 8 Mac nanti.

Seramai 10,922,139 orang layak mengundi pada 8 Mac ini di mana 10,701,054 adalah pengundi biasa dan 221,085 merupakan pengundi pos. Ini berdasarkan jumlah pengundi berdaftar yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 8 Februari lepas. Warta yang terbaru ini mempunyai rekod setakat 31 Disember 2007 dan ini bermakna mereka yang mendaftar selepas itu tidak layak mengundi kali ini.

Sementara itu terdapat 30 buah parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan hanya mereka ini sahaja yang layak untuk menamakan calon dan bertanding merebut kerusi. Pilihan Raya ke 12 ini akan menawarkan sebanyak 222 buah kerusi peringkat Parlimen dan 505 buah kerusi untuk peringkat Dewan Undangan Negeri.

Para pengundi berdaftar boleh menyemak nama mereka dan tempat untuk membuang undi dengan menelefon Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya di 03 8885 6600. Pusat ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengahmalam setiap hari sehingga 8 Mac ditutup pada pukul 5 petang. Di samping itu orang ramai juga boleh menyemak melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya di Semak Daftar Pemilih.

Rate this:
2.5

Technorati Tags: , , , , , , ,

2 Comments so far

  1. no imageazhad (Check me out!) on February 23rd, 2008

    Semoga pilihan raya kali ini akan berjalan dengan bersih.

    Rate this:
    2.5
  2. no imagesoul^blade (Check me out!) on February 28th, 2008

Leave a reply

CommentLuv badge