The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

Mudah Itu Senang

Kepesatan penggunaan internet dewasa ini telah banyak membantu keperluan harian kita. Ketika ini banyak perkara yang boleh dilakukan melalui internet, di antaranya membeli dan menjual barang. Terdapat beberapa portal yang menyediakan perkhidmatan jual beli di internet samada di dalam negara atau luar negara.
mudah.com.my

Walaupun begitu apa yang paling penting adalah memilih untuk menggunakan portal yang paling mudah dan senang. Paling ketara dan bertepatan dengan namanya, mudah.com.my merupakan portal membeli dan menjual yang mudah digunakan. Tambahan pula portal ini berpusat di negara kita sendiri Malaysia memudahkan lagi urusan kita.

Masuk sahaja ke mudah.com.my kita akan disajikan dengan peta negara Malaysia. Pilih saja mana-mana 13 negeri atau Kuala Lumpur untuk melihat barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan atau diperlukan. Ciri ini memudahkan kita untuk mendapatkan keperluan berdasarkan kawasan berhampiran terutama barangan yang tidak boleh dihantar melalui pos seperti kereta terpakai atau rumah.

Selepas memilih satu negeri, kita akan dibawa ke mukasurat yang memaparkan senarai barangan dan perkhidmatan terkini. Di sini dengan mudah kita boleh meneruskan pencarian kepada sesuatu yang lebih khusus berdasarkan kategori, harga, negeri dan samada pengiklan persendirian atau syarikat. Di portal ini iklan oleh orang perseorangan dan syarikat diasingkan.

mudah.com.my
Jika anda ingin meletakkan iklan di portal ini juga mudah kerana semua maklumat yang perlu diisikan adalah ringkas dan pada satu mukasurat sahaja. Iklan anda akan berada dalam portal ini selama 2 bulan. Perlu dingatkan bahawa barangan tiruan dan cetak rompak tidak dibenarkan untuk diiklankan.

Secara keseluruhan rekabentuk portal ini begitu ringkas dan warna yang digunakan lembut mata memandang. Ini semua memudahkan kita menggunakan portal ini walaupun baru pertama kali mengunjunginya. Semua perkhidmatan di portal ini boleh digunakan dengan percuma.

Ulasan ini dibawa kepada anda oleh Advertlets.com dan Mudah.com.my!

Rate this:
2.5

Technorati Tags: , , , ,

No Comments

Leave a reply

CommentLuv badge