Isu Kempen Pilihan Raya
Hari penamaan calon cuma dua hari lagi dan kebanyakan parti-parti politik telah pun mengumumkan nama bakal calon mereka. Sebahagian besar daripada mereka ini adalah yang telah pun berkhidmat sebelum ini tetapi ada juga muka-muka baru yang akan menggantikan mereka yang digugurkan atau telah mengundurkan diri.
Di samping kehangatan untuk mengetahui siapakah yang bakal dicalonkan, ramai juga yang ternanti-nantikan apakah isu yang akan digunakan dalam tempoh berkempen nanti. Tempoh berkempen kali ini adalah lebih lama sedikit berbanding dengan beberapa pilihan raya umum yang lepas.
Semasa pilihan raya umum 2004 tempoh berkempen cuma 8 hari, pilihan raya umum 1999 9 hari manakala pilihan raya umum 1986,1990 dan 1995 pula 10 hari. Ini semua lebih pendek dari pilihan raya umum 2008 iaitu 13 hari.
Sebenarnya untuk pilihan raya umum ke 12 ini tidak ada isu besar yang boleh mengugat kedudukan parti yang memerintah sekarang iaitu Barisan Nasional (BN). Di antara isu-isu yang mungkin dibangkitkan adalah tentang kenaikan harga barang, krisis ekonomi dunia, pendidikan, agama dan tentang Hindraf.
Sementara itu jika dimbas kembali berikut adalah isu-isu yang pernah dibangkitkan semasa pilihan raya-pilihan raya umum yang lalu;
PILIHAN RAYA 1959
Dominasi Kolonial British
Proses Malayanisasi
Kerakyatan
Pendidikan Cina
Agama Islam
PILIHAN RAYA 1964
Konfrontasi Malaysia-Indonesia
Kedudukan Melayu dan Islam
Pendidikan Cina
Integrasi Kebudayaan
Pembentukan Malaysia
PILIHAN RAYA 1969
Pembangunan dan kemiskinan luar bandar
Perpaduan dan perkauman
Singapura keluar Malaysia
PILIHAN RAYA 1974
Dasar Ekonomi Baru
Perpaduan dan integrasi nasional
Kebebasan berpolitik – undang-undang baru
Pembentukan kerajaan campuran
PILIHAN RAYA 1978
Dasar ekonomi negara
Penerapan nilai-nilai Islam
Perpaduan dan integrasi nasional
Isu dalaman BN – Pas keluar BN
PILIHAN RAYA 1982
Pembangunan ekonomi negara
Amalan rasuah
Penerapan nilai-nilai Islam
Pemantapan demokrasi
Masalah kepimpinan dalaman MCA
PILIHAN RAYA 1986
Kemelesetan ekonomi
Projek-projek mega
Dasar Islam
Skandal BMF, UEM
Kebebasan bersuara
PILIHAN RAYA 1990
Perpecahan dalam UMNO, orang Melayu
Perpaduan dan kestabilan politik
Dasar-dasar Islam
Pembangunan ekonomi
Masalah dalaman parti komponen BN
PBS keluar BN
PILIHAN RAYA 1995
Proses perindustrian negara
Projek-projek mega
Perpaduan dan masalah perkauman
PILIHAN RAYA 1999
Kegawatan ekonomi Asia
Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kebebasan dan amalan demokrasi
Kronisme
Dasar-dasar Islam
Pendaftaran pemilih
PILIHAN RAYA 2004
Kepimpinan Baru BN
Kebebasan dan amalan demokrasi
Pendidikan dan agama Islam
Keadilan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pertumbuhan ekonomi lebih cergas
Ketelusan dan akauntabiliti
2.5 |
1.Kenapakah Parti Pembangkang tidak ada ruang dalam media elektronik? Macam mana dikatakan demokrasi? Sepatutnya beri peluang pada rakyat untuk membuat perbandingan sendiri parti mana nak dipilih.
2. Kenapakah pengangkutan awam (RapidKL) di Lembah Kelang yang paling murah di Malaysia iaitu RM1,RM2, untuk satu hari sedangkan diluar bandar tidak satu syarikat bas pun berbuat demikian.Ini bermakna orang Lembah Kelang lebih untung dari luar bandar.Tambahan pula pendapatan rakyat di Lembah Kelang jauh lebih tinggi berbanding dengan penduduk diluar bandar.Bagaimana pula dengan pekebun kecil seperti penoreh getah, pesawah padi?Adakah mereka digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk keladang? Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk keladang mereka.Harga minyak tinggi. Dimana dikatakan membela rakyat?
soaln 1 shj..
kenapa pula tak ada?macam2 ada la..seperti harakah misalnya..akhbar tersebut untuk parti pas..cerita2 dalam akhbar itu pun belum tentu benar..jadi,kenape kata tak ada?