Browsing Category: "Pilihan Raya"

Isu Kempen Pilihan Raya

Friday, February 22nd, 2008 | Pilihan Raya with 1 Comment

Hari penamaan calon cuma dua hari lagi dan kebanyakan parti-parti politik telah pun mengumumkan nama bakal calon mereka. Sebahagian besar daripada mereka ini adalah yang telah pun berkhidmat sebelum ini tetapi ada juga muka-muka baru yang akan menggantikan mereka yang digugurkan atau telah mengundurkan diri.

Di samping kehangatan untuk mengetahui siapakah yang bakal dicalonkan, ramai juga yang ternanti-nantikan apakah isu yang akan digunakan dalam tempoh berkempen nanti. Tempoh berkempen kali ini adalah lebih lama sedikit berbanding dengan beberapa pilihan raya umum yang lepas.

Semasa pilihan raya umum 2004 tempoh berkempen cuma 8 hari, pilihan raya umum 1999 9 hari manakala pilihan raya umum 1986,1990 dan 1995 pula 10 hari. Ini semua lebih pendek dari pilihan raya umum 2008 iaitu 13 hari.
Read the rest of this entry »

Popularity: 36% [?]

Technorati Tags: , , ,

Pilihan Raya Umum 2008

Wednesday, February 20th, 2008 | Pilihan Raya with 2 Comments

Pilihan raya umum Malaysia kali yang ke 12 akan diadakan pada 8 Mac 2008 ini. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebelum ini telah dibubarkan pada 13 Februari yang lalu. Berikutan dengan itu Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan bahawa pilihan raya perlu diadakan dan telah menetapkan 24 Februari ini sebagai hari penamaan calon. Ini diikuti dengan 13 hari tempoh berkempen sebelum hari mengundi pada 8 Mac nanti.

Seramai 10,922,139 orang layak mengundi pada 8 Mac ini di mana 10,701,054 adalah pengundi biasa dan 221,085 merupakan pengundi pos. Ini berdasarkan jumlah pengundi berdaftar yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 8 Februari lepas. Warta yang terbaru ini mempunyai rekod setakat 31 Disember 2007 dan ini bermakna mereka yang mendaftar selepas itu tidak layak mengundi kali ini.

Sementara itu terdapat 30 buah parti politik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan hanya mereka ini sahaja yang layak untuk menamakan calon dan bertanding merebut kerusi. Pilihan Raya ke 12 ini akan menawarkan sebanyak 222 buah kerusi peringkat Parlimen dan 505 buah kerusi untuk peringkat Dewan Undangan Negeri.
Read the rest of this entry »

Popularity: 26% [?]

Technorati Tags: , , , , , , ,