Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007

Tuesday, March 18th, 2008 | Pendidikan with

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.

“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.

Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

Popularity: 83% [?]

Technorati Tags: , , ,

Related posts


If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

  1. 1
    Reena // March 21st, 2008 at 12:44 pm

    Well done!!!

  2. 2
    Rita // March 21st, 2008 at 12:45 pm

    He is a smart student. He must go and give ceramah to all the schools

  3. 3
    adiwira // March 24th, 2008 at 2:11 pm

    Khabarnya Azali akan dilantik sebagai Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Antara tugasnya sebagai Duta adalah pergi ke sekolah-sekolah untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

  4. 4
    baity emy // April 1st, 2008 at 7:07 pm

    Assalamualaikum..aduhai azali..camne lah awak dpt straigth A kn?? emy bakal menduduki spm tahun depan..emy dlm aliran sains agama..sumenye 12 subjek.. tupon masih tersangkut-sangkut lagi..emy teringin sgt nak berjaya macam awak.. tp..ntah ar..emy dah bace arikel kat atas..emy terharu bile azali cakap yang setiap kesusahan ada kesenangan di sebaliknye..coz emy berpegang pade prinsip tue..Insya Allah, emy akan ikut ape yang azali pegang utk mncapai kejayaan..sentiasa sabar dlm menempuhi dugaannya..Amin..

  5. 5
    farah // April 5th, 2008 at 2:42 pm

    azali bukan saja pandai tapi juga kacak..dia ada dtg ke sklh kami

  6. 6
    maryam // April 11th, 2008 at 4:38 pm

    tahniah azalil…saya harap awak akan terus berjaya di masa akan datang.

  7. 7
    maryam // April 11th, 2008 at 4:42 pm

    tahniah azali…kerana telah berjaya membanggakan ibu bapa anda.saya juga berharap agar saya juga dapat mengikut jejak langkah seperti anda.

  8. 8
    ANYSS // April 12th, 2008 at 11:29 am

    ASSALAMUALAIKUM,
    SYABAS AZALI.SAYA HARAP AWAK DAPAT PERTINGKATKAN LAGI PRESTASI AWAK.

  9. 9
    anis // April 13th, 2008 at 12:03 am

    tahniah azali..

  10. 10
    intan // April 16th, 2008 at 5:06 pm

    hai…sye nak duk exam tahun nie…ape yang harus sye wt…sye sllu stdy tgh mlm…

  11. 11
    c~hA // April 17th, 2008 at 1:34 pm

    assalamualaikum……..

    hai…abg Azali….

    sy form 1 just nk tw cra2 abg Azali beljr…

    cita2 sy nk jd mcm abg Azali…

    klu abg Azali x kesh…

    bg ckit kta2 semngt yg bleh wt sy brjy cm abg Azali….

  12. 12
    adiwira // April 18th, 2008 at 11:41 am

    intan & c~hA,
    Secara amnya waktu awal pagi (sebelum subuh) adalah waktu terbaik untuk mengulangkaji pelajaran. Walaupun begitu setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Jadi cuba cari masa terbaik diri sendiri untuk mengulangkaji.

  13. 13
    booDArkseNGaL // April 22nd, 2008 at 9:17 pm

    REgarDS~~
    tO ABanG AZALi…
    cONgraTE, yErp..!
    hOPe OLweZ SuccEss IN liFE..
    i olWEz pRAy YoUr haPPinESS~~
    DAA~~~

  14. 14
    akustatik // April 23rd, 2008 at 3:51 pm

    thank abg azali coz sudi pengalaman dengan kami.

  15. 15
    daya // April 23rd, 2008 at 4:14 pm

    congrateeeeeeeeee!!!!!!!!!!!
    tima kaseh sbb sudi dtg skool sayer brkongsi
    sedikit ilmu……..

  16. 16
    akus // April 24th, 2008 at 9:21 pm

    wei dayah
    gedik siot ko..
    dahla mmg gedik

  17. 17
    Azrul n kak Wan // April 28th, 2008 at 1:57 pm

    Azali,u mmg cmerlang.Ini lah modal insan yang amat dibanggakan oleh masyarakat di negara kita.Syabas Azali!!!!!!!!!!!!!!!Tapi,pesan daripada kami anda jangan lah lupa diri………………

Leave a Comment